a) Perjalanan Parameswara
b) Melaka Mendapat Nama
c) Keistimewaan Melaka
Perjalanan Parameswara
ž Melaka telah diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.
ž Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang.
ž Ini telah ditentang oleh Raja Palembang dan anaknya , Parameswara.
ž Parameswara telah berusaha untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit semata – matanya untuk mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara. Tetapi usaha beliau telah gagal.
ž Parameswara bersama – sama pengikutnya telah melarikan diri ke Temasik.
ž Pada masa itu, Temasik diperintah oleh Temagi.
ž Temagi yang berada di bawah lindungan Siam telah menerima kedatangan mereka.
ž Kedudukan Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara berusaha untuk menjadi pemerintah Temasik.
ž Satu pergaduhan telah berlaku antara Parameswara dan Temagi yang membawa kepada kematian Temagi.
ž Pembunuhan Temagi telah menimbulkan kemarahan Siam terhadap Parameswara.
ž Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan Siam menyerang Temasik.
ž Justeru itu, Parameswara dan pengikutya telah melarikan diri ke Muar untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Siam.
ž Parameswara mendapati Muar tidak sesuai untuk dijadikan petempatan. Oleh itu, mereka telah meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
ž Akhirnya, mereka telah tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang Laut dan orang Asli.
Melaka mendapat nama
ž Setelah Parameswara dan rombongnya tiba perkampungan nelayan itu, baginda telah berehat di bawah sepohon pokok.
ž Semasa berehat baginda terkejut apabila melihat anjing perburuan baginda telah ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
ž Parameswara menganggap ia satu peristiwa yang luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.
ž Kegagahan pelanduk tersebut menyebabkan Parameswara menganggap tempat itu istimewa dan menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah negeri.
ž Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda bersandar.
keistimewaan melaka
Pokok Bakau
· Sekitar muara sungai terdapat banyak pokok bakau liar.
· Pokok ini boleh dijadikan kayu api, tiang rumah, benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.
Muara Sungai Melaka
· Muara sungai yang dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun.
· Sesuai dijadikan pelabuhan dan pusat persinggahan kapal.
Berhampiran Laut
· Kedudukannya berhampiran laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang.
· Mudah mendapat bekalan air bersih.
Bukit
· Bukit menjadi petunjuk pelayaran.
· Mampu mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.