Loading...

Friday, 2 December 2011

Pengasasan Melaka


 
a) Perjalanan Parameswara
b) Melaka Mendapat Nama
c) Keistimewaan Melaka


Perjalanan Parameswara


ž  Melaka telah diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.
ž  Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang.
ž  Ini telah ditentang oleh Raja Palembang dan anaknya , Parameswara.
ž  Parameswara telah berusaha untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit semata – matanya untuk mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara. Tetapi usaha beliau telah gagal.
ž  Parameswara bersama – sama pengikutnya telah melarikan diri ke Temasik.
ž  Pada masa itu, Temasik diperintah oleh Temagi.
ž  Temagi yang berada di bawah lindungan Siam telah menerima kedatangan mereka.
ž  Kedudukan Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara berusaha untuk menjadi pemerintah Temasik.
ž  Satu pergaduhan telah berlaku antara Parameswara dan Temagi yang membawa kepada kematian Temagi.
ž  Pembunuhan Temagi telah menimbulkan kemarahan Siam terhadap Parameswara.
ž  Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan Siam menyerang Temasik.
ž  Justeru itu, Parameswara dan pengikutya telah melarikan diri ke Muar untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Siam.
ž  Parameswara mendapati Muar tidak sesuai untuk dijadikan petempatan. Oleh itu, mereka telah meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
ž  Akhirnya, mereka telah tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang Laut dan orang Asli.


Melaka mendapat nama
ž  Setelah Parameswara dan rombongnya tiba perkampungan nelayan itu, baginda telah berehat di bawah sepohon pokok.
ž  Semasa berehat baginda terkejut apabila melihat anjing perburuan baginda telah ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
ž  Parameswara menganggap ia satu peristiwa yang luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.
ž  Kegagahan pelanduk tersebut menyebabkan Parameswara menganggap tempat itu istimewa dan menjadikan tempat tersebut sebagai sebuah negeri.
ž  Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda bersandar.




keistimewaan melaka
Pokok Bakau
·         Sekitar muara sungai terdapat banyak pokok bakau liar.
·         Pokok ini boleh dijadikan kayu api, tiang rumah, benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.

Muara Sungai Melaka
·         Muara sungai yang dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun.
·         Sesuai dijadikan pelabuhan dan pusat persinggahan kapal.

Berhampiran Laut
·         Kedudukannya berhampiran laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang.
·         Mudah mendapat bekalan air bersih.

Bukit
·         Bukit menjadi petunjuk pelayaran.
·         Mampu mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.









No comments:

Post a Comment